RSS

Pengenalan DVD Raja Grafik Malaya

Mari sini pakar grafik nak tunjukkan sesuatu…

Kenapa Perlu Bazirkan Masa, Wang Serta Tenaga Bagi Membina Koleksi Serta Peralatan Grafik Anda ?

Di sinilah satunya-satu sumber untuk anda memiliki ribuan koleksi, peralatan serta panduan yang berkaitan dengan GRAFIK dan anda boleh memiliknya dengan harga yang sangat rendah. Oleh itu jika anda tidak teruskan bacaan anda dan jika pada masa hadapan kelak anda mula tercari-cari laman web ini dikala itu saya tidak dapat membantu anda. Jadi teruskan membaca.

Memang tak syak lagi bahawa grafik memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti di internet. Tanpa grafik sesuatu laman web jualan tidak mampu menarik perhatian. Tanpa grafik ebook tidak mampu dijadikan sebagai bahan bacaan yang menarik dan tanpa grafik dunia internet bakal menjadi hambar.

Siapakah Anda Sekarang?

Adakah anda seorang:

  • Pereka Grafik (Graphic Designer)
  • Pereka Laman Web (Web Designer)
  • Jurugambar
  • Webmaster
  • Pengusaha Laman Web & Blog (Web and Blog Developer)
  • Pelajar Jurusan IT & Multimedia
  • Peminat Grafik & Illustrator
  • Pengguna Adobe Photoshop & Adobe Illustrator
  • Usahawan Internet
  • Blogger

 

Siapa pun anda, satu perkara yang perlu anda ada iaitu mempunyai ribuan koleksi peralatan serta grafik yang mampu menaikkan imej anda.

Untuk menghasilkan koleksi-koleksi grafik adalah mudah bagi seorang pereka grafik namun menghasilkan grafik-grafik yang mampu menarik perhatian secara emosi, mampu menaikkan imej serta dilihat berkredibiliti adalah sesuatu yang sukar. Banyak perkara harus fikirkan sebelum menghasilkan satu-satu grafik seperti konsep, trend, mesej dan sebagainya.

Bagi seorang pereka laman web @ ‘web designer’ juga mampu menghasilkan laman web yang mampu menarik perhatian serta mampu disesuaikan mengikut mesej jualan yang di tulis namun mampukah pereka tersebut menyiapkan segala tempahan pelanggan jika beliau terpaksa mencipta grafik-grafik terkini bagi sesuatu laman web. Lain laman web lain mesej jualannya dan lain pula grafik yang perlu dihasilkan. Tanpa memiliki koleksi grafik-grafik yang banyak sudah tentu tidak membantu pereka laman web untuk berkembang maju.

Seorang jurugambar yang terlatih serta berpengalaman mampu menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti kerana keampuhan teknik serta kecanggihan kamera yang beliau miliki namun, kini pelanggan juga mempunyai ‘demand’. Jika mengambil gambar contohnya gambar pengantin mahupun gambar VIP… kulit muka yang kasar hendak dihaluskan… kulit yang gelap hendak dicerahkan dan banyak lagi permintaan dimana segalanya boleh dilakukan jika anda mempunyai ‘tools’ atau peralatan tertentu bagi mencantikkan hasil gambar yang telah anda ambil.

Bagaimana Saya Boleh Membantu Anda ?

Nama saya Wan Muhammad Iqbal Hakim atau dikenali sebagai Baloot. Saya merupakan seorang pereka laman web dan blog di Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 2005. Antara kemahiran saya adalah dalam menggunakan Joomla dan Wordpress. Anda boleh mengenali saya dengan lebih lanjut pada laman blog Baloot's Blog.

Saya mempunyai pengalaman menggunakan Adobe Photoshop sejak tahun 2006 dan Adobe Illustrator sejak tahun 2008. Antara teknik yang menjadi kegemaran saya adalah jenis Grunge, Flower, Modern, dan Artistic.

Baiklah… saya telah pakejkan koleksi-koleksi Grafik Vector, alatan-lengkap Photoshop (Gradients, Styles, Brushes, Shapes), Wallpaper, Icon, & Fonts yang mempunyai kapasiti penuh sebanyak 4.3GB dan selepas extract kapasiti DVD mencecah 7.0GB. Koleksi grafik di dalam ini merupakan antara grafik yang terkini sejak tahun 2008 sehingga sekarang. Kesemua koleksi grafik-grafik serta alatan Photoshop ini telah saya muatkan ke dalam satu DVD yang saya panggil...

Raja Grafik Malaya

Anda tahu bahawa betapa pentingnya memiliki panduan, perlatan serta beribu koleksi grafik namun untuk memilikinya anda harus membelanjakan wang yang banyak dan berusaha mencari sumber yang berkualiti. Justeru, apa yang bakal saya beri pada anda dalam DVD ini adalah sebagai sumber utama penghasilan grafik yang mampu menghasilkan grafik-grafik yang bukan sahaja hebat malah tersendiri dan UNIK.

Kenapa DVD Raja Grafik Malaya?

DVD Raja Grafik Malaya merupakan DVD yang kaya dengan panduan, peralatan serta beribu koleksi grafik. DVD Raja Grafik Malaya telah dipilih oleh web designer, graphic designer & photographer yang terkemuka dari seluruh dunia & mempunyai stock photo daripada laman web graphic yang besar seperti ShutterStock & iStockPhoto.

Sila lihat apa yang terkandung di dalam DVD hebat ini :

  • Photoshop & Illustrator Vector (melebihi 5,000 fail)
  • Photoshop Action (melebihi 1,000 PS actions)
  • Photoshop Plugin (melebihi 1,800 PS plugins)
  • Photoshop Shapes (melebehi 300 PS shapes)
  • Photoshop Brushes (melebihi 350 PS brushes)
  • Photoshop Styles (melebihi 800 PS styles)
  • Photoshop Gradients (melebihi 300 PS gradients)
  • Fonts Collection (melebihi 1,000 premium fonts + 1 software)
  • Web 2.0 Icon (melebihi 200 web 2.0 icons)
  • Various Mix Icon (melebihi 16,000 icons)
  • Wallpapers (melebihi 1,200 HD wallpapers)
  • Flash Website Templates (50 Premium Flash Templates)
  • Stock Photo (melebihi 300 stock photos)
  • 1000 Photoshop Tricks Tutorial
  • Portable Adobe Photoshop CS4
  • Portable Adobe Illustrator CS3
  • Portable Adobe Dreamweaver CS4
  • 9 Ebook Photoshop Tutorials, HTML & CSS, Photography, Blogging
  • Video Tutorial Cara-cara Menggunakan Adobe Photoshop

 

Dengan melihat senarai kandungan di atas anda boleh bayangkan betapa besarnya koleksi yang bakal saya berikan pada anda. Untuk menerangkan setiap satu dari senarai di atas sudah pasti akan mengambil masa yang lama, oleh itu mari kita lihat 5 dari keseluruhan kandungan DVD ini:

Photoshop & Illustrator Vector (melebihi 5,000 fail)

Pernahkah anda terfikir dari mana datangnya grafik-grafik yang menarik di dalam banner laman web yang sering anda lawati? Contohnya gambar Bunga, Kartun, Objek serta Pencahayaan. Untuk pengetahuan anda, kesemua grafik tersebut boleh diperoleh daripada VECTOR. Anda boleh muat-turun secara PERCUMA atau BERBAYAR grafik vector ini di Internet. Jika anda telah lama berkecimpung di dalam bidang grafik design, anda pasti mampu melukis sendiri grafik vector ini. Di dalam DVD ini, saya telah muatkan lebih 5,000 file grafik vector untuk anda gunakan secara bebas dan anda boleh menjual hasil design anda dengan menggunakan file VECTOR ini.

Photoshop Action (melebihi 1,000 PS actions)

Dengan adanya file Photoshop Action ini, kerja design anda seperti membuat TEXT EFFECTS menjadi lebih mudah. Hanya dengan BEBERAPA KLIK, anda boleh menghasilkan text effect yang menarik serta mengikut citarasa anda. Perhatikan gambar DVD Raja Grafik Malaya ini, ianya dihasilkan oleh file Photoshop Action. Anda boleh merekabentuk imej seperti BUKU, EZINE, COVER CD/DVD, KOTAK, PACKAGING dan lain-lain menggunakan file ini.

Fonts Collection (melebihi 1,000 premium fonts + 1 software)

DVD Raja Grafik Malaya juga membekalkan kepada anda koleksi Premium Fonts lebih daripada 1,000 jenis font untuk kerja design anda di kemudian hari. Anda tidak perlu mengeluarkan wang ringgit lagi untuk memdapatkan font. Teknik Typography makin popular pada hari ini. Saya juga menyediakan font untuk membuat teknik grafik jenis Typography iaitu font jenis San-serif dan Serif. Dan tidak lupa juga untuk font teknik Grunge dan Flower iaitu kegemaran saya.

Photoshop Brushes (more than 350 PS brushes)

Untuk menghasilkan grafik yang menarik serta berkualiti tinggi, Brushes wajib digunakan di dalam setiap design. Saya menyediakan koleksi Photoshop Brushes lebih daripada 350 jenis. Kesemua Brushes yang saya bekalkan ini adalah berkualiti tinggi serta sesuai digunakan untuk grafik HD (High Definition).

Video Tutorial Cara-cara Menggunakan Adobe Photoshop

Bagi anda yang mungkin tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Adobe Photoshop atau mungkin telah mula menggunakannya namun masih terkial-kial, anda jangan bimbang. Di dalam DVD ini disertakan Video Tutorial Ringkas langkah demi langkah bagaimana anda boleh menggunakan Adobe Photoshop anda. Mungkin ianya tidak keterlaluan bahawa anda tidak perlu untuk bayar ribuan ringgit hanya untuk menghadiri kelas Photoshop untuk belajar BASIC.

Ini hanyalah lima perkara dari senarai panjang apa yang terkandung di dalam DVD Raja Grafik Malaya. Mari kita lihat beberapa contoh bagaimana DVD Raja Grafik Malaya boleh membantu anda dalam teknik memanipulasikan Grafik anda.

Contoh Grafik Yang Dihasilkan Oleh Photoshop

Contoh 1: Penggunaan BRUSHES Jenis Smoke

Adobe Photoshop

(SEBELUM)  Menggunakan Brushes Jenis Smoke (SELEPAS) Menggunakan Brushes Jenis Smoke

Contoh 2: 3D Text Effects dan Layering

Adobe Photoshop + Adobe Illustrator

3D Text	Effects	dan	Layering

Contoh 3: Penggunaan BRUSHES Jenis Api

Adobe Photoshop

(SEBELUM) Teknik Brushes Jenis API (SELEPAS) Teknik Brushes Jenis API

Contoh 4: Penggunaan GRADIENTS + Cantuman Brushes

Adobe Photoshop

(SEBELUM) Teknik Gradients dan Brushes (SELEPAS) Teknik Gradients dan Brushes

Contoh 5: Teknik Cantuman Gambar (Photo Manipulation)

Adobe Photoshop

(SEBELUM) Teknik Cantuman Gambar (SELEPAS) Teknik Cantuman Gambar

Contoh 6: Pengunaan BRUSHES dan Photo Manipulation

Adobe Photoshop + Adobe Illustrator

(SEBELUM) Teknik Brushes dan Photo Manipulation (SELEPAS) Teknik Brushes dan Photo Manipulation

Contoh-contoh di atas hanyalah sebahagian dari berbagai aplikasi grafik yang terkandung dalam DVD ini dimana anda mampu untuk melakukannya. Apa lagi yang perlu anda fikirkan kerana segalanya ada di sini. Oleh itu sementara ianya masih berada di pasaran saya sarankan supaya anda bertindak sekarang.

Testimoni Pengguna DVD Raja Grafik Malaya

Shofiyan Shafii (PakLong)

Pakej DVD ini adalah produk grafik tempatan yang paling lengkap yang saya pernah jumpa. Jika anda pengguna Photoshop tegar , pakej ini paling berbaloi kerana ia memberi anda ratusan plug-in, shape, styles, brushes, gradients seribu jenis fonts.

Anda tidak perlu bersusah payah mencari atau membeli dari produk luarga negara. Produk tempatan sudah ada dan harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan nilainya.

http://ecardgraphics.net
Safuan (rsfrs)

DVD yang dia beri memang best dan berbaloi.. Mcm2 ada sng citer hendaknya.. Smp pun cpt (Actually Baloot pun x sangka secepat tue).. Hehehe.. Dr KB ke KL hanya 1 hari..

Apa yang ada dlm DVD tue agak byk dan best.. Penat gak nak extract.. Memang ambik masa nak tgk semuanya.. Thanks Baloot.. Yang lain disyorkan beli dan x rugi.

http://www.sipenglipurlara.com
IlhamPutra

Saya berasa sangat berpuas hati apabila meneliti kandungan pakej dvd Raja Grafik.Sememangnye terlalu banyak tutorial,koleksi grafik dan bermacam-macam lagi dikongsi dalam panduan yang lengkap ini.

Saya telah mempelajari penggunaan software photoshop dan sememangnya penting dalam mereka grafik yang menarik. Secara jujur,memang rugi kepada yang terlepas mendapatkan pakej lengkap belajar photshop ini.Semuanya dalam satu pakej pembelajaran yang menarik.

http://www.ilhamputra.com
Ama

Assalaamualaikum..

Pertama sekali terima kasih kepada saudara baloot kerana telah menerbitkan pakej dvd grafik raja malaya yang sangat berinformasi dan menarik..Saya tidak meminati grafik pada mulanya kerana bg saya grafik adalah sgt susah dan ianya hanya sesuai untuk orang yang berjiwa seni tetapi segalanya berubah apabila saya memiliki pakej raja grafik ini.. pakej ni sgt membantu saya memahami cara2 design grafik dan penggunaan grafik dgn lebih mendalam..

Ape yang boleh sy ckp pakej ni memang power dan sesuai bg sape2 yang nak belajar grafik..bonus2 yang disediakan juga bukan hanya sekadar bonus tetapi dapat dijadikan rujukan untuk membina grafik yang lebih baik..pendek kata tak rugi habis hanye rm70 untuk ilmu sebanyak ni.

Tak sabar rasenyer nak tunggu pakej raja grafik vol 2.. tp syg la sebab terlepas harga promosi...hehehe...

http://www.farahwahida.com

cronic_gurlz

raja grafik malaya bukan hanya sekadar nama....merupakan satu nama yang gah di merata-rata dunia dengan kecanggihan yang dimilikinya....dengan perisian yang disediakan telah banyak membantu saya kerana dalam hanya satu pakej terdapat pelbagai kemudahan yang tidak ditandingi oleh pihak lain.....

lebih banyak menjimatkan masa saya....kalau dulu saya terpaksa bersusah payah mencari dan mengumpul perisian-perisian yang terdapat dalam pakej dvd raja grafik malaya....tapi ternyata pegumpulan saya hanyalah sedikit sahaja dan masih tidak mencukupi....sehinggalah ada kawan memberitu saya tentang perisian ini....banyak kebaikan yang diceritakan......saya tanpa ragu-ragu mengambil inisiatif itu lalu membelinya dan ternyata amat mengagumkan saya....

perisian ini bukan sahaja memudahkan malah merupakan satu perisian yang amat murah dan saya fikir ia mampu dibeli oleh setiap orang yang ingin tahu serta belajar tentang grafik....perisian ini memamg mudah difahami, lebih mudah digunakan...ia juga sesuai untuk golongan profesional untuk menambah ilmu yang sedia ada agar boleh berdiri seiring dengan ahli-ahli grafik yang terkemuka dunia....

sebarang pertanyaan atau mengalami masalah dengan perisian ini saya tidak perlu la membazirkan masa, memenatkan badan dengan kesesakkan lalu lintas hanya untuk pergi ke kedai...saya hanya boleh menggunakan laman chat seperti messanger MSN, YM dan GTalk...sungguh menjimatkan masa serta tenaga saya...

pekerja yang bekerja di kedai-kedai yang berkaitan dengan ini kadang-kadang tidak mempunyai kepakaran yang luas kerana mereka masih baru dalam dunia grafik....tidak semua yang tahu...dengan ini ia membuatkan saya agak kecewa dan pernah saya terfikir bahawa menceburikan diri dalam bidang ini membazirkan masa saya serta tidak memberikan keuntungan pun....tapi setelah saya menggunakan perisian ini ternyata 100% apa yang saya fikir sebelum ini sama sekali tidak betul.....perisian ini bukan sahaja memudahkan proses pembelajaran saya malah memberikan saya pelbagai ilmu terbaru yang berguna dan sememangnya tidak merugikan sesiapa sahaja.....

Dengan Memiliki DVD Raja Grafik Malaya Ini

Anda memiliki BERIBU koleksi grafik

Koleksi grafik merupakan perkara penting bagi mereka yang mahu menghasilkan aplikasi grafik dalam apa pun pengunaan terutamanya di internet. Tanpa koleksi maka usaha anda untuk menghasilkan grafik bermutu akan terganggu. Dengan memiliki beribu koleksi grafik maka segala kerja serta usaha anda bakal jadi mudah. Anda tidak perlu lagi membuat design from scratch untuk menghasilkan grafik yang bermutu tinggi serta unik.

Anda memiliki senjata atau peralatan yang sangat berkesan dalam penghasilan grafik anda

Untuk menghasilkan grafik yang nampak professional memerlukan beberapa peralatan atau perisian yang terkini namun jika anda ada perisian tersebut namun tidak tahu menggunakannya maka ianya merupakan satu perkara yag sia-sia. Dalam DVD ini bukan setakat skrip malah panduan tutorial dibekalkan supaya anda bukan setakat memiliki beribu koleksi grafik malah bagaimana anda boleh memanipulasi grafik-grafik tersebut dan menghasilkan grafik-grafik baru yang lebih canggih.

Anda dilihat seperti seorang yang berpengalaman dalam bidang grafik

Apabila anda memiliki beribu koleksi, perisian serta aplikasi grafik dan tidak lupa juga tutorial mengaplikasikan teknik-teknik memanipulasi grafik maka hasilnya nanti kelihatan seperti seorang yang berpengalaman jauh dalam penghasilan grafik. Grafik anda bakal menjadi grafik anda tersendiri dan UNIK. Unik ini saya tekankan kerana pada hari ini terdapat beribu grafik yang menarik, tetapi hanya segelintir sahaja yang UNIK.

Tidak kira siapa pun anda, anda mampu menghasilkan grafik bermutu

Tidak kira samada anda ini Newbie, Intermediate atau Advance user, DVD ini mampu memberi kepuasan buat anda. DVD dihasilkan khas buat anda tidak kira apa tahap anda. Jadi anda tidak perlu risau.

Berapakah Pelaburan Anda Untuk Raja Grafik Malaya

Mari kita lihat semula apa yang terkandung di dalam DVD Raja Grafik Malaya:

Kandungan DVD Raja Grafik Malaya - Versi 1.5

Kandungan Harga Asal
All Photoshop Tools from Designer Pack (Collection from Professional Graphic Designer) RM 1,000++
Premium Content from Grafpedia, Ourtuts, PsdTuts RM 500++
More than 200+ Tutorial Adobe Photoshop (English Version) RM 500++
Photoshop Action (Cover Action Pro) RM 600++
Photoshop Action for Text Effects RM 500++
Photoshop Brushes (Decorative, Floral, Flower, Mix, Portfelia, Typography) RM 500++
Photoshop Gradients (Huge Collection) RM 100++
Photoshop Styles for Layer, Style, Text Effects RM 500++
Vector for Photoshop and Illustrator (Floral, Bokeh, Decorative, Grunge, Web 2.0) RM 500++
Wallpaper Collection (Apple, Abstract, Creative, Mosques, Real Estate, Typography, Windows 7) RM 100++
Portable Adobe Photoshop CS4 NA
Portable Adobe Illustrator CS3 NA
Portable Adobe Dreamweaver CS4 NA
LIFETIME 24/7 Support PRICELESS
All Time BONUS (Facebook Group Raja Grafik Malaya) PRICELESS

Pada pendapat anda berapakah nilai yang patut saya letakkan atau cuba anda nilaikan setiap satu kandungan tersebut dan pada hujungnya total kan kesemua nilai tersebut. Jika saya mahu menilaikan mengikut cara tersebut sudah tentu ianya mempunyai nilai diluar kemampuan anda. Grafik adalah dunia saya dan grafik merupakan minat saya oleh itu dengan senarai kandungan di atas saya hanya menawarkan nilai sebanyak:

RM 97.00

Sememangnya apa yang saya beri di atas melebihi nilai yang saya tawarkan pada anda. Jika anda rasa anda boleh memiliki kesemua di atas dengan nilai yang lebih rendah silakan. Cubalah cari mana-mana sumber yang memberikan nilai sebegini. Saya pasti anda akan kembali kepada Raja Grafik Malaya. Raja Grafik Malaya merupakan pilihan dari ramai pengguna serta pengamal grafik terkemuka dari seluruh dunia oleh mengapa tidak anda juga menjadikan Raja Grafik Malaya sebagai sumber grafik anda ? Tepuk dada tanyalah hati..

Order DVD Raja Grafik Malaya

Ya Baloot, saya mahu memiliki DVD RAJA GRAFIK MALAYA sekarang...

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat pelaburan sekali seumur hidup sebanyak:

RM 97.00

Namun anda tidak boleh menarik nafas lega kerana RM97 bukanlah nilai yang ditawarkan sampai bila-bila kerana nilai yang dipotong bakal digunakan pada bila-bila masa mengikut kehendak saya. Oleh itu sementara nilainya masih lagi RM97.00 maka saya sarankan supaya anda bertindak segera sekarang.

Sekian Terima Kasih

baloot

Baloot @ Raja Grafik Malaya